About us

馬來西亞健身氣功總會为官方注册之非政府非营利公益团体,于2008年9月9日成立,发起人兼主席是绿野集团创办人丹斯里李金友,成立宗旨乃传承中国健身气功及弘扬中华传统文化,致力于推广老少咸宜及健身效果显著的中国千年自然养生保健传统体育项目--健身气功,通过此古老的导引术帮助我国各民族同胞强身健体、远离疾病及降低医疗开销。


早从2006年开始,总会与中国健身气功协会已经先后安排十多名中国国家级教练前来大马传授及指导健身气功,总会亦派遣健身气功老师和学员参加由中国健身气功协会主办的健身气功比赛、国际交流会及世界骨干培训营。


目前已传扬至馬來西亞的健身气功,包括在全世界五大洲约五十个国家地区推广的九种功法,如易筋经、八段锦、五禽戏、六字诀、马王堆导引术、导引养生功十二法、大舞、太极养生杖和十二段锦。从10年前只有吉隆坡和芙蓉两区约百人练习,迄今在总会积极推广下,健身气功学员遍布全马25站点逾两千人锻炼健身气功,爱好者除了华人,也包括巫裔、印裔、锡克同胞。


健身氣功是一項人人都能參與,幾乎不受任何條件限制的運動項目,它強調身心合一,動作柔和緩慢,其独特的中华古老导引术兼具養生、康复和健身特點,正迅速吸引全国各地健身愛好者,包括学校老师和学生们参与锻炼。


马来西亚健身气功总会为满足各社区民众对健身气功的锻炼需求,于2018年6月10日及7月1日,分別在雪州金马宫酒店及马六甲Faithview酒店举办马来西亚首届健身气功指导员培训班及段位考试,成功培训80名来自中南马各站点的助教及未来教练员,年纪介于18至78岁。此培训及考试皆采用国际健身气功联合会及中国健身气功协会课程内容和评分制度,课程内容包括健身气功理论与技术培训,3种功法分别是健身气功八段锦、易筋经及五禽戏。


至今,马来西亚健身气功总会旗下拥有国际认证的健身气功教练员共15位,指导员70位,在世界50个国家地区内排名第四。相信在总会努力下,将于2019年杪达到培训至少50位拥有国际认证的教练员及100位指导员。

 

2017年8月13日,马来西亚健身气功总会带领300名学员于南马峇株巴辖华仁中学礼堂,积极响应由国际健身气功联合会统筹指导和主催的"首届世界健身气功日”,又于2018年9月8日-"第二届世界健身气功日”带领500名来自全国各地的老师和健身气功学员,在雪州金马宫酒店与全世界集体同步推广和展示健身气功。今年,各地老师和健身气功爱好者也正期待着2019年9月14日之"第三届世界健身气功日的到来。

 

为了让健身气功能深入民间、普及社区,帮助人们挽回健康、减轻病痛及降低沉重的医疗费用,马来西亚健身气功总会希望加快骨干人才及未来教练员的培养,协助开设更多练功站点传授健身功法,希望通过与中国健身气功协会及国际健身气功联合会的密切交流与合作,固定举办骨干培训、功法辅导课程和段位考试,积极弘扬中华传统文化和养生之道。

 

目前中国政府大力提倡“体医结合”以降低医疗开销,并倡导传统中医与健身气功导引结合现代科学研究,以相辅提高临床疗效,尤其在预防、康复与养生方面更为重要。因此马来西亚健身气功总会将持续配合马来西亚中医师暨针灸联合总会(医总)大力推广体医结合方案,希望通过媒体宣传和相关组织及及我国政府及相关机构的关心与支持,能让更多体育爱好者、白领阶级和年轻人参与健身气功,多了解和掌握轻柔和顺的健身气功,达到内外阴阳平衡,提高健身水平。总会更期待有朝一日能达到全国人人皆学会一套健身气功功法,强身防病、身心安详、国泰民安。 

 

询问处:马来西亚健身气功总会总秘书叶雪芳(013-2907204)或总教练李慧玲(017-6914663)。

Persatuan Kesihatan Qigong Malaysia (MHQA)  merupakan sebuah NGO berdaftar yang ditubuhkan pada 9hb September 2008. Penubuhan MHQA  adalah ilham Y. Bhg. Tan Sri Lee Kim Yew, di mana beliau juga merupakan pengasas kepada Country Heights Holding Berhad. Misi MHQA ialah menyebarkan Qigong Kesihatan kepada orang ramai dan mewarisi budaya tradisional Cina. Selain itu, MHQA  juga nekad dalam mempromosi Qigong Kesihatan, yakni senaman  penjagaan badan semula jadi bersejarah yang berasal dari China sejak ribuan tahun yang lalu, di mana ia juga sesuai dipelajari oleh semua lapisan masyarakat. MHQA  berharap senaman tradisional ini mampu membantu  rakyat Malaysia yang berbilang kaum memiliki tubuh badan yang sihat dan bebas daripada pelbagai jenis penyakit, sekaligus dapat mengurangkan kos perbelanjaan kesihatan negara. 

 

Sejak tahun 2006, MHQA telah berkerjasama dengan Chinese Health Qigong Association (CHQA) dari China untuk menjemput puluhan jurulatih kebangsaan Qigong Kesihatan ke Malaysia bagi menyampaikan ilmu dan teknik mempelajari Qigong Kesihatan kepada peminat tempatan. Di samping itu, MHQA  juga menghantar rombongan lawatan yang terdiri daripada jurulatih dan pelajar Qigong Kesihatan ke negara China bagi menyertai pertandingan Qigong Kesihatan, mengambil bahagian dalam forum antarabangsa Qigong Kesihatan dan mengikuti kem latihan Qigong Kesihatan sedunia. 

Antara kaedah-kaedah Qigong Kesihatan yang tersebar luas di Malaysia, di mana ia juga popular di 50 buah negara di dunia, termasuk Yi Jin Jing (Muscle-Tendon Change Classic), Ba Duan Jin (Eight Section Brocade), Wu Qin Xi (Five Animal Frolics), Liu Zi Jue (The Six Healing Sounds), Ma Wang Dui Dao Yin Shu, Daoyin Yangsheng Gong 12 Methods, Da Wu (Big Dance), Tai Ji Yang Sheng Zhang (Health Care Taiji Mace) dan Shi Er Duan Jin (Twelve Section Brocade).

 

Atas usaha MHQA  yang bertungku-lumus selama ini, jumlah peminat Qigong Kesihatan Malaysia telah bertambah daripada lebih kurang 100 orang pelajar yang berasal dari Kuala Lumpur dan Seremban pada 10 tahun yang lalu,kepada lebih 2000 orang di sebanyak 25 pusat latihan di seluruh Malaysia sekarang. Selain itu, peminat Qigong Kesihatan bukan hanya terdiri daripada kalangan kaum Cina sahaja, malah kaum Melayu, India, dan Sikhs juga menaruh minat terhadap senaman ini. 

 

Qigong Kesihatan merupakan sejenis senaman yang mesra rakyat dan mampu dipelajari oleh semua orang tanpa sebarang batasan. Qigong Kesihatan menitikberatkan pergabungan antara jasad dan batin para pelatih. Pergerakannya yang lembut dan perlahan, kaedah pergerakan badannya yang unik membawa manfaat untuk menjaga kesihatan, memulihkan kesihatan dan menguatkan tubuh badan. Disebabkan pelbagai kebaikannya, ia semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat yang mementingkan penjagaan kesihatan dari seluruh pelosok negara, termasuk para guru dan murid di sekolah. 

Bagi memenuhi permintaan rakyat jelata daripada pelbagai lapisan masyarakat yang ingin menguasai Qigong Kesihatan, MHQA telah menganjurkan kelas latihan dan peperiksaan Duan yang pertama di Palace of the Golden Horses Selangor dan Faithview Hotel Melaka pada tahun 2018.  Program tersebut telah berjaya melahirkan 80 orang pembantu jurulatih dan bakal jurulatih Qigong Kesihatan Malaysia dalam lingkungan umur 18 hingga 78 tahun.    Kursus latihan Qigong Kesihatan dan peperiksaan ini menggunakan sukatan pelajaran dan skema pemarkahan International Health Qigong Federation (IHQF). Kandungan kursus mengandungi latihan teori  dan latihan teknikal Qigong Kesihatan. Antara 3 kaedah Qigong Kesihatan yang diuji di Malaysia setakat ini termasuk Ba Duan Jin (Eight Section Brocade), Yi Jin Jing (Muscle-Tendon Change Classic) dan Wu Qin Xi (Five Animal Frolics).  

 

MHQA kini mempunyai 15 orang jurulatih Qigong Kesihatan yang bertauliah antarabangsa dan 70 orang  pembantu bimbingan. Jumlah ini merupakan ke-4 paling banyak di antara 50 negara dan kawasan dari seluruh dunia. Di bawah pimpinan MHQA , kami yakin mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 50 orang jurulatih Qigong Kesihatan bertauliah antarabangsa dan 100 orang pembantu bimbingan Qigong Kesihatan pada akhir tahun 2019.  

 

Pada 13hb Ogos 2017, MHQA telah mengumpulkan seramai 300 orang peserta Qigong Kesihatan di Sekolah Menengah Cina Batu Pahat sebagai tanda sokongan kepada IHQF yang mengadakan “Hari Qigong Kesihatan Sedunia yang pertama”. Pada 8hb September 2018 pula ( Hari Qigong Kesihatan Sedunia yang kedua), MHQA mengetuai 500 orang pelajar Qigong Kesihatan dari seluruh Malaysia ke Palace of the Golden Horses Selangor bagi menunjukkan teknik Qigong Kesihatan kepada orang ramai. Aktiviti ini diadakan secara serentak bersama semua pelajar Qigong Kesihatan dari seluruh dunia.  Pada tahun ini, jurulatih dan peminat Qigong Kesihatan tanahair juga menanti ketibaan “Hari Qigong Kesihatan Sedunia yang ketiga” yang akan berlangsung pada 14hb September 2019.

 

Demi mendorong Qigong Kesihatan berkembang luas di peringkat akar umbi bagi membantu rakyat jelata untuk mencegah penyakit  dan mengurangkan kos perubatan, MHQA akan mempercepatkan lagi proses melatih jurulatih Qigong Kesihatan, di samping memperbanyakkan lagi pusat latihan di seluruh Malaysia. Kami berharap dengan kerjasama erat antara MHQA  dan CHQA, lebih banyak kursus latihan dan peperiksaan Duan akan diadakan dari semasa ke semasa. 

 

Pada masa kini, kerajaan China giat menggalakkan konsep penyatuan senaman dan perubatan tradisional Cina bagi mengurangkan kos perubatan di kalangan rakyat. Mereka mencadangkan penggabungan antara perubatan tradisional Cina, Qigong Kesihatan dan penyelidikan sains moden bagi meningkatkan keberkesanan rawatan klinikal, terutamanya dalam pencegahan penyakit, pemulihan dan penjagaan kesihatan. Oleh itu, MHQA  akan bekerjasama dengan Federation of Chinese Physicians & Acupuncturists Association of Malaysia (FCPAAM) dalam usaha mempromosi konsep penyatuan senaman dan perubatan di seluruh Malaysia. Kami berharap dengan liputan luas yang dibuat oleh pihak media dan perbadanan lain yang berkaitan, serta kerjasama dan bantuan dari pihak kerajaan , kita mampu menggalak lebih banyak peminat sukan, pekerja kolar putih dan belia untuk mengenali dan menyertai aktiviti Qigong Kesihatan, bagi mencapai keseimbangan “YinYang” dalam badan, sekali gus meningkatkan kesihatan. Kami berharap pada suatu hari nanti, semua rakyat Malaysia mampu menguasai sekurang-kurangnya satu atau dua kaedah Qigong Kesihatan bagi menjaga kesihatan masing-masing. Rakyat yang mempunyai tubuh badan yang bebas daripada pelbagai penyakit akan menjadi tunjang kuat kepada negara yang aman dan sejahtera. 

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

1.Setiausaha Agong MHQA : Candy Yap 013-2907204 ,
2. Ketua Jurulatih MHQA: Lee Wai Ling 017-6914663.